Thursday 28 February 2013

Nilai- Nilai Melayu Dalam I La Galigo


Konsep Nilai

Wan Abdul Kadir (2007) telah mendefinisikan nilai sebagai ukuran yang diberikan oleh seseorang individu tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk. Halus atau kasar, tinggi atau rendah berasaskan kepada kelakuan yang telah menjadi kebiasaan atau kelaziman yang dikongsi bersama dan telah disahkan oleh masyarakat kedudukan nilai itu. Anggota masyarakat dapat menyatakan ukuran nilai dalam menentukan sesuatu atau perlakuan berasaskan kepada pengalaman yang diterima melalui proses sosialisasi.

Kamus Dewan Edisi Ke-4, pula mendefinisikan nilai sebagai taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Daripada maksud mengikut kamus dewan jelas mengambarkan nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada dalam diri seseorang individu.

Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Masyarakat melayu misalnya mempunyai niali tersendiri yang diamalkan dalam masyarkat dan nilai ini disampaikan secara terang- terangan dan secara halus contohnya melalui penghasilan puisi dan karya- karya yang menerapkan nilai- nilai yang baik bagi anggota masyarakat.

Menurut Redfield (1953), nilai ialah suatu konsep tersurat atau tersirat bagi individu atau sifat- sifat bagi suatu kelompok yang dikehendaki yang mempengaruhi pemilihan ragam, maksud dan segala tindakan. Misalnya, masyarakat bagi sesebuah bangsa menggunakan medan kesusasteraan seperti penghasilan karya- karya agung yang mempunyai nilai dan pengajaran terhadap masyarakat di daerahnya. Karya agung merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan juga falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama suatu bangsa. Karya agung juga dianggap sebagai karya yang dapat membentuk jati diri sesuatu bangsa sehingga dapat memantulkan kembali ketamadunan sesebuah bangsa pada bila-bila masa.


1.                  Nilai Bermusyawarah
I la galigo merupakan epik agung bagi masyarakat bugis. Epik ini mempunyai nilai- nilai yang baik untuk dijadikan ikutan masyaraktnya. Antara nilai melayu yang terdapat dalam karya ini ialah nilai bermusyawarah atau bermesyuarat bagi mencapai sesuatu persetujuan. Hal ini dapat dilihat daripada mesyuarat di antara dua pemerintah. Pemerintah yang dimaksudkan dalam karya ini ialah dewa di kerajaan Alam Langit iaitu La Patingga dan Raja dari Alam Ghaib yang dikenali sebagai Guru Ri Selleng.

Hasil daripada mesyuarat itu, La Patingga bersetuju untuk menghantar anak lelakinya yang sulung, iaitu La Toge’ untuk menjadi Raja Alekawa (Raja Bumi) dan memakai gelaran Batara Guru. Guru Ri Selleng dari kerajaan alam ghaib pula bersetuju menghantar puterinya yang bernama We Nyili’ Timo ke Alam Tengah.  Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan agar Raja Langit dan Raja Alam Ghaib mempunyai hamba yang dapat menyembah mereka, kerana mereka beranggapan bahawa mereka tidak akan menjadi raja atau dewi sekiranya tiada seorang pun yang menyembah mereka di dunia ini.

“Maka datu patoto pun mengundang saudara dan sepupunya yang mukim di dunia bawah dan dunia langit agar datang untuk bermusyawarah. Serentak datu patoto dan isteri berkata, “ wahai adik- adikku yang mulia, ku panggil kalian ke langit ku kumpulkan saudara, sepupu, kemenakanku sebab aku ingin menmpatkan keturunan di bumi. “

                                                                                    The Birth of I La Galigo, 2005: 26

Daripada petikan di atas, dapat disimpulkan bahawa pentingnya sesebuah musyawarah atau mesyuarat bagi mencapai sesuatu tujuan atau kata sepakat. Datu patoto telah menjemput saudara- saudaranya untuk bermusyawarah dan menyatakan hasrat hatinya bagi menghantar anaknya Batara Guru turun ke bumi.


2.                  Nilai Ketaatan

Seterusnya ialah nilai ketaatan. Nilai ini dapat dilihat daripada ketaatan seorang anak kepada bapanya. Batara guru dengan akur mengikuti arahan bapanya, La Patingga untuk menghantarkannya ke langit tengah iaitu bumi supaya meramaikan umat manusia. Sebelum Batara Guru dinobatkan sebagai Raja di Alam Tengah iaitu bumi, beliau perlu melalui ujian selama 40 hari 40 malam.  Tamat sahaja ujian itu, beliau diturunkan ke bumi dan dikatakan beliau turun di Ussu’, iaitu sebuah daerah di Luwu’ yang terletak di Teluk Bone. Niali ketaatan dapat dilihat pada petikan yang berikut :

“Sambil menangis berkatalah Datu Patoto, “ turunlah engkau, Ananda, kujadikan tunas di bumi menjadi penguasa atas namaku, laksanakan segala kemauanmu tak akan ku tentang segala kebaikanmu. Tidak sepatah kata pun berucap Batara Guru, tak sekalimat pun menjawab orang tuanya. Maka menunduklah Datu Patoto mengelus- elus putra mahkota kesayangannya”.

                                                                                    The Birth of I La Galigo, 2005: 28

 Nilai sabar

Nilai sabar dalam karya I La Galigo dapat dilihat pada sikap Sawerigading. Sawerigading digambarkan sebagai seorang kapten kapal yang sangat perkasa.  Antara tempat yang pernah dilawati oleh beliau ialah Taranate (Ternate di Maluku), Gima (Bima atau Sumbawa), Jawa Rilau’ dan Jawa Ritengnga ( kemungkinan Jawa Timur dan Tengah), Melaka dan lain-lain.  Kononnya juga, beliau pernah melawat syurga dan alam ghaib.
Nilai kesabaran yang terdapat dalam dirinya ialah apabila dia telah berkahwin dengan We Cudai. Wu cudai menolak untuk berkahwin kecuali jika beberapa persyaratan berat yang diajukannya dipenuhi oleh Sawerigading dan Sawerigading dengan sabar memenuhi segala keinginan Wi Cudai. Salah satu persyaratan itu ialah Sawerigading hanya boleh mendatangi We Cudai pada malam hari dan segera meninggalkan bilik We Cudai tatkala ayam jantan telah berkokok. Sawerigading mengiyakan semua persyaratan yang diajukan We Cudai.

“Tengah malam bernyanyi angin yang berhembus, “Berangkatlah ke Latanete aku menuntunmu”. Berangkatlah Sawerigading berkendara angina melaksanakan perkahwinan dibimbing angin.”
                                                                                    The Birth of I La Galigo, 2005: 81

Dengan sabar Sawerigading memenuhi semua keinginan We Cudai. Dia hanya mendatangi isterinya pada malam hari yang gelap, sehingga tak seorang pun tahu bahwa Sawerigading ada dalam bilik We Cudai. Bahkan We Cudai pun tak pernah melihat dengan jelas wajah suaminya, lantaran semua lampu dipadamkan. Mereka hanya boleh berhubungan di waktu malam.

4.                  Nilai empati

Nilai melayu yang seterusnya yang terdapat dalam karya agung I La Galigo ialah empati. Empati ialah rasa simpati yang amat mendalam yang mampu memberikan pengaruh kepada jiwa dan fizikal seseorang. Hal ini dapat dilihat pada sikap sawerigading yang mempunyai sifat empati terhadap isterinya iaitu I We Cudai yang dalam kesakitan ketika hendak melahirkan anaknya. Bukti ini dapat dilihat pada petikan yang berikut :

Sawerigading sendiri memangku kepala isterinya itu. berdirilah I We Cimpau, selir Sawerigading, menyembah Kerajaan Langit “Ampun beribu ampun, Palinge, limpahkan rahmat ke atas hambamu I We Cudai, akan ku tunaikan nazar untuk memelihara jiwa putra raja Tuanku I We Cudai”. Bersamaan Sang Pencipta suami isteri berkata, Turunlah engkau Billakgurawa, hantarkan mangkuk kemilau yang berisi air jernih untuk diminum I We Cudai agar basah perutnya”.

                                                                                    The Birth of I La Galigo, 2005: 81




Dapat dilihat pada petikan tersebut bahawa Sawerigading mempunyai sifat empati yang amat uat terhadap isterinya. Dia tidak sanggup melihat kesakitan yang dialami oleh isterinya lalu berdoa kepada kerajaan Langit agar dapat mengurangkan rasa kesakitan hendak bersalin anaknya. Dan akhirnya, anak itu berjaya dilahirkan dan diberi nama I La Galigo.


  Kasih Sayang

Kasih sayang bemaksud kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Hal ini dapat dibuktikan apabila We Cimpau telah memelihara I La Galigo dengan penuh kasih sayang. We Cimpau merupakan isteri sah Sawerigading yang dinikahinya atas saranan Raja dan Ratu Cina. Beliau merupakan seorang wanita yang memiliki hati yang luhur. Hal ini demikian kerana, We Cudai sanggup menerima I La Galigo yang dibuang oleh ibunya sendiri, iaitu I We’ Cudai. I La Galigo telah dibesarkan oleh We Cudai bagai menatang minyak yang penuh. Segala keperluan dan kemahuan anak tirinya itu dituruti oleh We Cudai. Walaupun We Cudai bukan ibu kandung kepada I La Galigo, namun I La Galigo sangat menyayangi ibu tirinya itu.
“I We’ Cimpau berpamitan amat mesra dengan I La Galigo. Digendongnya ke luar dan diciumnya pada mulutnya”.
 I La Galigo, 1993: 276
6.                  Ikhlas

Ikhlas bermaksud memiliki hati yang bersih dan jujur. Sawerigading merupakan seorang suami yang memiliki hati yang bersih. Hal ini demikian kerana, beliau ikhlas memaafkan perbuatan isterinya, I We’ Cudai dan sanggup melupakan segala kesalahan yang telah dilakukan terhadap dirinya dan putera mereka, I La Galigo.
“Berkatalah Sawerigading kepada I We’ Cudai: Aku pernah menyebut anda dahulu cakap untuk memerintah Cina, lalu tidakkah anda dapat mententeramkan anak kita”.
                I La Galigo, 1993:279

7.                  Tegas

Takrif tegas ialah tidak ragu-ragu atau tidak samar-samar, tentu dan tepat. Nilai tegas sebenarnya begitu sinonim dengan We’ Tenriabeng. We’ Tenriabeng merupakan saudara kembar kepada Sawerigading. Kecantikan dan keelokan rupa paras We’ Tenriabeng telah menyebabkan Sawerigading tertarik dan jatuh cinta akan saudara kembarnya sendiri. Tanpa memikirkan batasan adat yang perlu dipatuhi, Sawerigading menyuarakan isi hatinya untuk berkahwin dengan We’ Tenriabeng. Namun demikian, hal ini ditentang sekeras-kerasnya oleh We’ Tenriabeng. Tidak dinafikan bahawa hati kecil We’ Tenriabeng tertarik dengan ketampanan Sawerigading, tetapi beliau tetap patuh dan taat pada hukum adat serta teguh dalam memegang pendiriannya.

“Memang ia tak percaya akan perkataan adiknya itu, oleh karena itu ia masih berusaha membujuknya dengan mesra untuk memperoleh persetujuannya menikah berdua. We’ Tenriabeng tetap menolak dengan tegas. Akhirnya, Sawerigading akan pergi jua ke Cina”.
         I La Galigo, 1993:165-166
8.                  Hormat

Hormat-menghormati ialah berpandangan tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan yang sopan dan hormat. Putera Luwu’ itu telah membawa diri ke negeri Cina. Setibanya disana, beliau telah menemui seorang puteri raja yang mirip dengan We’ Tenriabeng. Sikap santun dan hormat Sawerigading terhadap Raja Cina dan ratunya, membuatkan hati Raja Cina luluh dan ikhlas menerima Sawerigading sebagai menantu mereka.
“Sawerigading mengirimkan La Pananrang dengan berbekal hadiah-hadiah yang diperlukan untuk membuka pembicaraan, sebagai duta ke istana negeri Cina... La Pananrang melaksanakan tugasnya dengan kata-kata tertera yang diberikan Sawerigading kepadanya dengan pidato penuh bunga-bungaan”.
                                                                                      I La Galigo, 1993:222


9.                  Nasihat

Maksud memberi nasihat ialah memberi peringatan. Ianya bertujuan membimbing masyarakat dalam menentukan nilai yang baik dan buruk, nilai yang betul dan salah serta nilai yang diperlukan atau dihindarkan. Oleh hal yang demikian, keperibadian dan jati diri bangsa dapat diperkukuh terutama dalam soal hubungan sosial dan interaksi. Dalam epik Bugis ini, Sawerigading sentiasa menerima nasihat dan dorongan agar tetap bersemangat menghadapi pelbagai dugaan dan jangan menjadi manusia yang lemah.

“Selanjutnya Sawerigading menceriterakan, apa yang menggerakkannya sehingga ia melakukan perjalanan itu, yang disambut oleh I La Pawejo dengan nasihat, bahawa apabila ia berhasil dengan maksudnya, hendaklah ia menyeru pedagang jikalau ia turun ke darat”.
                                                                                      I La Galigo, 1993:185

10.              Berani
Sikap berani dalam I La Galigo ditonjolkan melalui watak La Pananrang dan La Massaguni. Kedua-duanya merupakan sepupu kepada Sawerigading. Mereka berperanan sebagai orang dalam dan perwira tanah air yang sanggup berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
“La Massaguni hendak mengejar mereka dan membunuhnya, akan dicegah oleh Pananrang, yang berpendapat, bahawa tidakla bijaksana menghabiskan mereka itu sekarang...”
    I La Galigo, 1993:276

La Pananrang dan La Massaguni tampil pertama-tama menarikan tari perang sambil dengan bahasa yang mendengkur memaklumkan keberaniannya serta kesetiaannya pada pribadi junjungannya.

                                                                                         I La Galigo, 1993:230

11.              Jujur

Jujur bermaksud benar, sesuatu perkara, pernyataan, kata-kata atau perbuatan yang benar, kebenaran, tiada penipuan atau dalam erti kata lain yang lebih mudah ialah tidak menipu, tiada penipuan berlaku sama ada melalui perbuatan atau tingkah laku dan pernyataan atau tutur kata. Nilai jujur dalam I La Galigo dapat dilihat melalui watak I We’ Cudai. Pada bahagian awal cerita, I We’ Cudai tampil sebagai seorang puteri raja yang sombong dan keras kepala. Namun demikian, seiring dengan peredaran masa, I We’ Cudai telah berubah menjadi seorang yang matang. Tika dan saat itu, naluri keibuan mula membuak-buak dalam diri beliau. I We’ Cudai mula menyedari bahawa tindakan menyingkirkan anaknya dahulu adalah keputusan yang salah dan terburu-buru. Beliau secara jujur mengakui kesalahannya itu.
Seorang pejabat wanita memuji-muji si orang asing, Sawerigading. I We’ Cudai menyatakan bahwa ia lebih menyukai seorang lain. Sekonyong-konyong menyelinap Sawerigading masuk; dia dan We’ Cudai dapat saling berpandangan dengan jelas dan saling terharu oleh kecantikan masing-masing. “Apa sajakah kalian bicarakah?” tanya Sawerigading. I We’ Cudai menjadi murka, karena ia telah mendengarkan percakapan mereka, akan tetapi segera mereka berdamai kembali.
                                                                                      I La Galigo, 1993:264

12.              Teguh  Membela Maruah

Dalam masyarakat Melayu, membela maruah dan kehormatan diri sangat dititikberatkan. Sekiranya maruah dipijak-pijak oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, masyarakat Melayu akan bangkit menentang. Hal ini terbukti apabila Sawerigading bangkit membela maruah dan harga diri beliau yang dipijak-pijak oleh La Sattumpugi’ dan anaknya I We’ Cudai. Akibat termakan hasutan, We’ Cudai telah membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan Sawerigading. Mas kahwin yang telah diterima dihantar kembali tetapi hanya sepertiga daripada yang dipersembah. Sawerigading tersinggung dan menganggap kehormatannya dipermain-mainkan. Maka, Sawerigading telah mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Cina.

Segenap istana menjadi gempar, Raja Cina menyuruh memukul genderang memanggil rakyat berkumpul. La Pananrang pergi kembali ke kapal. Sawerigading mengeluarkan perintah, bahwa kapal-kapal yang lain harus berkumpul di sekitar I La Walenreng dan semua laki-laki harus berpakaian perang. Menjelang fajar orang harus turun ke darat dan pagi-pagi berangkat menyerang Cina.
                                                                                    I La Galigo, 1993:229