Simile
Simile
adalah perumpamaan. Simile juga merupakan perbandingan terus, iaitu
membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita
menganggapnya sama. Perumpamaan ini secara jelas mengungkapkan sesuatu
perbandingan atau persamaan dengan menggunakan perkataan ‘seperti’, ‘bagai’,
‘laksana’ dan sebagainya. Antara contoh penggunaan gaya bahasa simile dalam
Hikayat Inderaputera adalah seperti berikut:
“Maka ujar bayan itu, ‘Tiadakah ghairat hari tuanku
mendengar khabar Tuan Puteri Ratna Serigading, timang-timangannya Tuan Puteri
Cenderalela Nurlela di Padang Anta Berahi di atas mahligai yang keemasan
bertatahkan ratna mutu manikam, terlalu elok rupanya, rambutnya seperti cincin dituang, dahinya bagai
sehari bulan, keningnya bagai ditaji
dibentuk, matanya bagai bintang
timur, hidungnya bagai kuntum melur,
telinganya bagai telepok layu,
pipinya bagai pauh dilayang,
bibirnya bagai pati dicarik, giginya
bagai delima merekah, lidahnya bagai cerana diupam, dagunya bagai awan bergantung, lehernya bagai kumba dilarik, bahunya bagai bahu wayang, lengannya bagai panah dibentur, jarinya bagai duri landak, susunya bagai telur burung, dadanya bagai antaran hanyut, pinggangnya bagai tangkai bunga, pahanya bagai paha belalang, betisnya bagai bunting padi, tapaknya bagai dua jari hujung’
Maka kata bayan itu, ‘Patut sekali
dengan tuanku, seperti bunga kembang
sekaki, kembangnya tidak nirmala lagi.’
(Hikayat Inderaputera, 2007:96)
Aliterasi
Aliterasi
merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal
kata dan yang berturutan waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa
tradisional, prosa moden waima kreatif atau bukan kreatif. Penggunaan gaya
bahasa dalam Hikayat Inderaputera boleh dilihat berdasarkan contoh-contoh
berikut:
“Apa ketupat padi Dang Nilam,
Temu-temu
parang lengkuas,
Apa ubat hati yang dendam,
Sukar bertemu makanya puas,”
“Ke padang rimba raya,
Kumbang
menyeri pekan sutera,
Kepada pemandangan sahaya,
Sedang akan isteri Inderaputera.”
(Hikayat
Inderaputera, 2007:121)
Berdasarkan
contoh tersebut, gaya bahasa pengulangan aliterasi dapat dilihat dalam
pengulangan huruf ‘t’ dalam beberapa perkataan.
Asonansi
Asonansi
adalah gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama pada setiap baris atau
pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan
tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa
moden sama ada kreatif ata bukan kreatif. Pengguanaan gaya bahasa asonansi
dalam Hikayat Inderaputera boleh dilihat berdasarkan contoh-contoh berikut:
‘Utar-utar di atas pintu,
Sarung
keris sudah dirapat,
Orang sukar sahaja begitu,
Orang
arif maka mendapat.
‘Telak
empelas di dalam padi,
Menteri duduk berdagang gelang,
Tidaklah belas hati tuan puteri,
Melihat
dagang terulang-ulang.
(Hikayata
Inderaputera, 2007:97)
Anafora
Anafora
merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan perkataan pertama pada setiap baris
atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan
tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa
moden sama ada kreatif atau bukan kreatif. Penggunaan gaya bahasa anafora ini
boleh dilihat berdasarkan contoh berikut dalam Hikayat Inderaputera:
‘Maka
segala ikan dalam parit itu pun timbul seraya tertawa melihat laku anak raja
itu berkeliling mencari jalan. Maka
ikan itu pun berpantun, demikian bunyinya...’
(Hikayat
Inderaputera, 2007:96)
‘Maka anak raja itu pun hairan mendengar
ikan itu berpantun. Maka ujar anak
raja itu, “Dari mana gerangan jalan ke mahligai tuan puteri ini?”
(Hikayat
Inderaputera,2007:97)
Sinkof
Sinkof
merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan, iaitu pengguguran huruf sisip atau
suku kata sisip perkataan atau dengan menghilangkan huruf tengah atau suku kata
bagi perkataan atau pewujudan kata singkat atau ringkas, iaitu kata yang
terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata. Penggunaan sinkof dalam
Hikayat Inderaputera boleh dilihat berdasarkan contoh berikut:
‘Maka kata raksyasya
itu, “Hai orang muda, jangan aku engkau bunuh, apa kehendakmu supaya kuberi!”
Maka
dihunus Inderaputera pedangnya seraya memarang raksyasya itu, maka kata
Inderaputera, “Hai Raksyasya, apatah yang ada padamu?”
Maka
sahut raksyasya itu, “Ada pada hamba suatu hikmat geliga. Jikalau hendak masuk
ke dalam kayu atau ke dalam batu dapat masuk.”
Maka
kata Inderaputera, “Marilah geliga itu berikan kepadaku, supaya engkau
kulepaskan tiada kubunuh.”
(Hikayat
Inderaputera, 2007:174)
Hiperbola
Hiperbola
merupakan salah satu daripada kelompok gaya bahasa pertentangan, iaitu sejenis
gaya bahasa yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu perkara secara
berlebih-lebihan atau secara melampau waima dari segi jumlahnya, ukuran atau
sifatnya. Tujuannya adalah untuk memberi penekanan maksud terhadap sesuatu
perkara ataupun situasi demi memperhebat, meningkatkan kesan dan pengaruhnya.
Contoh penggunaan gaya bahasa hiperbola dalam Hikayat Inderaputera boleh
dilihat berdasarkan contoh berikut:
‘Setelah
itu maka segala anak raja-raja itu bertemulah dengan Inderaputera. Maka
dilihatnya rupa Inderaputera itu terlalu elok bercahaya, gilang-gemilang
mukanya. Maka segala anak raja-raja itu semuanya memberi hormat kepada
Inderaputera dan berjabat tangan dengan Inderaputera.’
(Hikayat
Inderaputera, 2007:175)
No comments:
Post a Comment