Hikayat
Inderaputera merupakan salah satu daripada kesusasteraan bahasa Melayu yang
ditulis sebelum 1700-an. Hikayat Inderaputera juga merupakan karya agung Melayu
genre lipur lara yang sangat terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga
abad ke-19. Terdapat beberapa unsur keindahan yang kita boleh lihat dalam karya
Inderaputera, terutamanya dari segi penggunaan bahasanya. Pada permulaan
Hikayat Inderaputera sudah menampakkan penggunaan bahasa yang indah, iaitu:
“Bahawa ini kisah ceritera Hikayat Inderaputera yang
indah-indah perkataannya yang masyur pada tanah manusia dan pada tanah jin,
terlalu elok rupanya, syahdan kesaktiannya dan terlalu pantas barang lakunya,
dan sikapnya terlau baik dan rupanya terlalu amat manis seperti laut madu, dan
jejaknya sederhana, barang lakunya dan pekertinya terlalu bai”.
(Hikayat
Inderaputera, 2007:1)
Contoh
tersebut memperlihatkan keindahan bahasanya seperti ‘amat manis seperti laut
madu’ yang menampakkan rupa seseorang yang terlalu manis dan elok wajahnya.
Selain itu, Hikayat Inderaputera
juga banyak menggunakan unsur keislaman dalam penggunaan bahasa dalam karya
tersebut. Hikayat Inderaputera dikitkan dengan keindahan ‘kekayaan tuhan’.
Keindahan tersebut dilihat sebagai hasil Tuhan Maha Pencipta. Contoh penggunaan
bahasa yang menampakkan unsur keislaman dalam Hikayat Inderaputera adalah
seperti berikut:
“ Maka
Inderaputera pun turun ke sebelah gunung itu. Maka dilihatnya beberapa bagai
pohon buah-buahan dan bagai-bagai rasanya dimakan Inderaputera. Maka
Inderaputera hairan melihat segala kekayaan Subahanahu wa Ta’ala.
Maka Inderaputera pun lalu berjalan
menuju matahari hidup, beberapa melalui bukit dan padang. Maka ada suatu padang
rumputnya seperti zamryt warnanya. Maka Inderaputera pun berjalan ke padang
itu. Maka ada suatu bukit terlalu baik rupanya dan ada airnya mengalir daripada
kaki bukit itu terlalu jernih dan sejuk. Maka di bawah bukit beberapa pohon
kayu bagai-bagai rupanya dan warnanya. Maka didengar oleh Inderaputera bunyi
suara orang bernyanyi dan bersyair, dan suara orang madah dan berpantun dan
berseloka. Maka Inderaputera pun hairan seraya berhenti di sana melihat
kekayaan Allah Ta’ala yang indah-indah. Maka kenyang rasa hati Inderaputera melihat yang
indah-indah, terlalu suka hatinya melihat. Maka Inderaputera mengucap syukur
akan dirinya dan minta doa kepada Allah Ta’ala akan ayah bondanya.”
(Hikayat Inderaputera, 2007:19&20)
Bahasa
yang digunakan berdasarkan contoh petikan tersebut menunjukkan terdapat unsur
keislaman yang digunakan. Penggunaan bahasa dalam Hikayat Inderaputera ini
sememangnya sangat indah dalam menampakkan unsur keislaman. Selain itu,
terdapat contoh lain yang menampakkan unsur keislaman dalam penggunaan bahasa
dalam hikayat tersebut, iaitu seperti berikut:
“....Ya ayahanda, sekalian hamba Allah itu semuanya
lupa dan lalai, hanya Allah Ta’ala juga yang tiada lupa dan lalai. Serahkanlah
hambamu kepada Allah subhanahu wa Ta’ala, ia juga memeliharakan segala
hambanya.”
(Hikayat Inderaputera, 2007:16)
“Setelah itu maka kata Inderaputera kepada tuan puteri,
‘Hai saudaraku, mari juga tuan turun ke bawah mahligai ini, sebentar dilihat
oleh tuan hamba kuasa Allah Subhanahu wa Ta’ala, kalau dapat hidup segala anak
raja-raja.”
(Hikayat Inderaputera, 2007:101)
Di
samping itu, dalam Hikayat Inderaputera juga banyak sekali digunakan perkataan
‘elok’ serta ‘merdu’ tentang apa-apa sahaja yang tampil di mata seperi bunga,
binatang pandai berpantun, kecantikan malah tentang tindakan dalam pertempuran
dan lain-lainnya sebagai ganti kepada perkataan ‘indah’. Contohnya:
“...Maka segala bidadari itu pun menanggalkan
bajunya lalu turun mandi ke kolam. Kemudian maka Tuan Puteri Kemala Ratnasari
pun menanggalkan bajunya antakusuma itu. Maka Inderaputera pun melihat rupa
Tuan Puteri Kemala Ratnasari itu terlalau elok rupanya, gilang-gemilang tiada
dapat ditentangnya. Maka Inderaputera pun hairan melihat rupa Tuan Puteri
Ratnasari itu.”
(Hikayat Inderaputera, 2007:37)
“Setelah bidadari itu mendengar pantun Inderaputera
maka segala bidadari itu pun tertawa seraya memandang kepada Inderaputera. Maka
dilihat oleh bidadari itu rupa Inderaputera terlalu baik paras, syahdan manis
barang lakunya seperti laut madu. Maka segala bidadari itu pun kembali
mendapatkan tuan puteri.”
(Hikayat Inderaputera,2007:39)
“Setelah dilihat Inderaputera Tuan Puteri Kemala
Ratnasari datang ke hadapannya, maka dilihat oleh Inderaputera rupa tuan puteri
itu, diamat-amatinya, terlalu sekali elok rupanya, baik paras, syahdan manis
barang lakunya lebih daripada laut madu.”
(Hikayat Inderaputera, 2001:43)
Contoh-contoh
petikan tersebut memperlihatkan perkataan ‘elok’ sering digunakan untuk
menggambarkan sesuatu yang cantik dan indah.
Selain itu, pantun juga turut
diselitkan dalam Hikayat Inderaputera. Terdapat beberapa pantun dalam hikayat
tersebut. Bahasa yang digunakan dalam pantun tersebut menampakkan maksud yang
jelas. Contoh pantun yang terdapat dalam Hikayat Inderaputera adalah seperti
berikut:
“Mempelam tumbuh di parit,
Dipagar Dang Ratnawali,
Katakan salam doa dagang yang gharib,
Minta dikenali.”
“Tumbuh padi tanam halia,
Kalau halia tiada tumbuh,
Embuh kami mengenali dia,
Kalau setia tiada sungguh.”
“Tumbuh padi tanam halia,
Kalau halia tiada tumbuh,
Embuh kami mengenali dia,
Kalau setia tiada sungguh.”
“Jika halia tiada tumbuh,
Ganja dikarang akan destar,
Jika setia tiada sungguh,
Bukanlah beta anak raja besar.”
(Hikayat Inderaputera, 2007:115)
Penggunaan
bahasa dalam pantun tersebut mudah untuk
difahami dan bahasa yang digunakan juga begitu indah dan menarik untuk
didengari. Selain itu, bahasa yang
digunakan untuk pembuka kata, iaitu rangkap pertama dan kedua dalam pantun
tersebut menggunakan perkataan yang mempunyai unsur alam seperti halia, padi dan
juga mempelam. Terdapat contoh-contoh pantun yang menggunakan perkataan selain
daripada unsur alam sebagai perbuka kata
dalam Hikayat Inderaputera. Contoh-contoh pantun tersebut dalam Hikayat
Inderaputera adalah seperti berikut:
“Utar-utar di
atas pintu,
Pakaian Jawa
main rakit,
Orang sukar saja
begitu,
Membuang nyawa
makanya dapat.”
“Perisyai
bertali rambut,
Rambut dipintal
akan cemara,
Adakah besyi
tahu takut,
Adakah muda gentarkan marah.”
(Hikayat Inderaputera, 2007:118)
Contoh-contoh
pantun di atas menggunakan bahasa selain unsur alam sebagai pembuka kata, iaitu
pada baris pertama dan juga kedua. Selain itu, bahasa yang digunakan dalam
Hikayat Inderaputera juga halus dan indah apabila menggunakan kiasan ala
tradisi pantun apabila ingin memaklumkan bahawa beliau begitu mengagumi
kecantikan dan keindahan bidadari ketika mereka mandi laut dengan menggambarkan
pelbagai bunga dan tumbuhan. Contohnya,
‘Apa dicari
bayan terbang,
Rajawali
menyambar dia,
Apa dicari
dayang berulang-ulang,
Orang bestari
mendapat dia.
(Hikayat Inderaputera, 2007:39)
‘Anak gerda
mudik sekawan,
Siripnya
dilanggar duduk,
Sisiknya lekat
di tangan Inderaputera,
Anak Maharaja
Bikrama Bispa.
(Hikayata Inderaputera, 2007:42)
No comments:
Post a Comment