1.0
Hikayat
Inderaputera mengisahkan tentang kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang
dikatakan gagah perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan
dan berjaya membunuh gergasi yang bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat
dibunuh oleh Raja Taleha Syah.
Ayahanda Inderaputera bernama Raja
Bikrama puspa dan bondanya pula bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah
Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana untuk
menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan
memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana
dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk. Apabila besar, Inderaputera
dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang mualim yang bernama
Bersapian.
Pada suatu ketika, Raja Bikrama
Puspa menerima kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri daripada tukang
emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat. Si tukang kayu mengukir seekor ikan
yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu boleh ketawa, berpantun dan
berseloka apabila diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat gambar
merak daripada emas. Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam dulang
emas dan perak lalu merak itupun menggerak-gerakkan ekornya dan boleh berpantun
serta berseloka. Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik dengan merak emas
lalu turun dari riba ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka merak itu menyambar
Inderaputera lalu menerbangkannya. Ayahanda dab bondanya amat berduka cita
dengan kejadian tersebut.
Inderaputera yang diterbangkan telah
dijatuhkan oleh merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan.
Nenek Kebayan yang pulang daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera di
dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan kisahnya kepada Nenek Kebayan. Nenek
Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan
penuh kasih dan sayag. Sepanjang itu, rezeki Nenek Kebayan bertambah murah.
Pada suatu hari, Nebek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana
Menteri. Perdana Menteri begitu tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang
begitu elok sekali. Lalu Perdana Menteri pun meminta kepada Nenek Kebayan untuk
menjadikan Inderaputera sebagai anak angkatnya hanya pada sebelah siang. Nenek
Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya, Inderaputera membesar
di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment